Tuesday, 6 March 2018

Mempromosikan amalan kebersihan melalui media massa/iklan

Cara lain untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan masyarakat ialah mempromosikan amalan kebersihan melalui media massa/iklan.

Pihak media massa perlulah memainkan peranan dalam memastikan masyarakat sentiasa menjaga kebersihan.Melalui media massa,masyarakat secara tidak langsung dapat didedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan.

Hal ini kerana,tidak ramai yang tahu akan pentingnya menjaga kebersihan melainkan jika didedahkan oleh pihak media itu sendiri .Masyarakat kini boleh mengetahui tentang kebersihan melalui tv atau telefon bimbit.Di mana di youtube atau di fb,pasti akan terselit iklan kebersihan walaupun hanya berdurasi beberapa minit sahaja.

Faedah media massa adalah:-
a)Menarik masyarakat untuk jaga kebersihan
b)Membuat masyarakat menjadi prihatin akan kebersihan.
c)Masyarakat dapat mengetahui cara menjaga kebersihan melalui video/gambar yang disiarkan/ditayangkan





KESIMPULAN

Kesimpulannya,untuk memastikan masyarakat sentiasa mengamalkan kebersihan,ia memerlukan usaha.Usaha tersebut mestilah merangkumi peranan pelbagai pihak agar kawasan sekitar akan terus menjadi bersih dan bebas dari jangkitan penyakit.Oleh itu,jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk mengajak orang ramai mengamalkan kebersihan.

Menguatkuasakan undang-undang



Seterusnya,cara lain memperkasakan amalan kebersihan di  kalangan masyarakat ialah menguatkuasakan undang-undang.




Pihak yang berwajib atau pihak yang berkuasa seperti kerajaan perlulah mengetatkan lagi peraturan kebersihan di kalangan masyarakat.
Hal ini kerana ramai yang mengambil mudah akan kebersihan dan ramai yang sering melanggar peraturan walaupun sudah berkali-kali diingatkan supaya tidak membuang sampah sembarangan.Kerajaan perlulah menjadi lebih tegas dengan masyarakat supaya masyarakat akan lebih akur untuk menerapkan amalan kebersihan sekaligus menjaga disiplin diri untuk tidak membuang sampah merata-rata.

Kerajaan Malaysia perlulah mencontohi negara jiran kita iaitu Singapura. Di mana jika ada individu yang membuang sampah sembarangan mahupun secebis kertas yang kecil,mereka akan dikenakan saman atau denda berbentuk wang.Masyarakat di Singapura sangat menjaga kebersihan dan akan memastikan negara mereka tiada satu pun sampah seperti putung rokok,ludah merata,botol air atau tin kosong di sekitar jalan mahupun rumput.Ini kerana jika mereka membuat sedemikian mereka pasti akan dikenakan denda.Peratusan dikenakan denda adalah sebanyak 80 peratus.Jika anda bernasib baik,anda dapat melepaskan diri dari membayar denda.Namun begitu,apabila berada di Singapura,kita pasti tak akan lepas dari dikenakan denda kerana sekuriti di sana adalah sangat ketat dan  kuat.Oleh itu,tidak hairanlah jika negara Singapura adalah sangat bersih jika dibandingkan dengan Malaysia.

Antara kebaikan menguatkuasakan undang-undang ialah:-
a)Masyarakat lebih akur dengan undang undang kebersihan
b)Masyarakat tidak membuang sampah sewenang-wenangnya
c)Masyarakat lebih mengambil berat akan kebersihan kawasan/tempat





Mengadakan Kempen Kebersihan

Selain itu,antara cara lain untuk memperkasa amalan kebersihan di kalangan masyarakat ialah mengadakan kempen kebersihan.

Kempen ialah satu tindakan atau usaha yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat umum supaya menyokong atau menentang sesuatu.Kempen secara tidak langsung mengajak orang ramai untuk turut serta dalam kempen yang diadakan.

Antara contoh kempen kebersihan yang boleh dibuat untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan masyarakat ialah Kempen Kesedaran,Kempen Kebersihan Kelas,Kempen Kebersihan Taman,Kempen Alam Sekitar dan lain-lain.


Kempen biasanya boleh dilihat di iklan yang bercetak,di papan  tanda,di surat khabar,baner malah pada poster yang ditampal pada sekitar tiang atau dinding.

Faedah mengadakan kempen kebersihan di kalangan masyarakat ialah:-
a)Masyarakat mendapat kesedaran tentang kebersihan
b)Masyarakat menjadi lebih peka untuk menjaga kebersihan
c)Masyarakat menjadi lebih semangat untuk bersama sama menjaga kebersihan kawasan sekitar








Sunday, 25 February 2018

Maksud Kebersihan

Kebersihan merupakan salah satu perkara yang amat penting untuk kita titikberatkan terutama bagi mereka yang beragama Islam.Kebersihan dari segi umum bermaksud menghindari diri dari segala perkara yang kotor termasuk debu dan habuk.Dengan menjaga kebersihan,kita dapat beribadat dengan tenang dan segala urusan kita akan dipermudahkan.Selain itu,diri kita akan sentiasa sihat dan cergas jika kita sentiasa menjaga kebersihan.

Agama Islam adalah agama yang cinta pada kebersihan.Rasulullah SAW sangat menganjurkan kepada umatnya untuk sentiasa menjaga kebersihan.Dalam syariat islam,ketika megerjakan solat,diwajibkan bagi umat islam agar bersih dari hadas dan najis,baik badan,pakaian mahupun tempat solat.