Pihak yang berwajib atau pihak yang berkuasa seperti kerajaan perlulah mengetatkan lagi peraturan kebersihan di kalangan masyarakat.
Hal ini kerana ramai yang mengambil mudah akan kebersihan dan ramai yang sering melanggar peraturan walaupun sudah berkali-kali diingatkan supaya tidak membuang sampah sembarangan.Kerajaan perlulah menjadi lebih tegas dengan masyarakat supaya masyarakat akan lebih akur untuk menerapkan amalan kebersihan sekaligus menjaga disiplin diri untuk tidak membuang sampah merata-rata.
Kerajaan Malaysia perlulah mencontohi negara jiran kita iaitu Singapura. Di mana jika ada individu yang membuang sampah sembarangan mahupun secebis kertas yang kecil,mereka akan dikenakan saman atau denda berbentuk wang.Masyarakat di Singapura sangat menjaga kebersihan dan akan memastikan negara mereka tiada satu pun sampah seperti putung rokok,ludah merata,botol air atau tin kosong di sekitar jalan mahupun rumput.Ini kerana jika mereka membuat sedemikian mereka pasti akan dikenakan denda.Peratusan dikenakan denda adalah sebanyak 80 peratus.Jika anda bernasib baik,anda dapat melepaskan diri dari membayar denda.Namun begitu,apabila berada di Singapura,kita pasti tak akan lepas dari dikenakan denda kerana sekuriti di sana adalah sangat ketat dan kuat.Oleh itu,tidak hairanlah jika negara Singapura adalah sangat bersih jika dibandingkan dengan Malaysia.
Antara kebaikan menguatkuasakan undang-undang ialah:-
a)Masyarakat lebih akur dengan undang undang kebersihan
b)Masyarakat tidak membuang sampah sewenang-wenangnya
c)Masyarakat lebih mengambil berat akan kebersihan kawasan/tempat
No comments:
Post a Comment