Wednesday, 28 February 2018

Gotong Royong


Masyarakat di Malaysia tidak kiralah sama ada masyarakat melayu,masyarakat cina atau masyarakat india,pasti ada segelintir yang tidak menerapkan amalan kebersihan.Meskipun diberi peringatan berulang kali,mereka masih dengan sikap yang sama.Jika ditegur,mereka pasti melenting,merungut bahkan sering kali memberi alasan.Antara alasan yang diberikan ialah mengamalkan atau menjaga kebersihan membuang masa dan terlalu leceh bagi mereka.

Justeru itu,untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang,kita perlulah mengatasinya dengan mengajak orang ramai untuk memperkasakan amalan kebersihan.

Terdapat banyak cara untuk memperkasakan amalan kebersihan dikalangan masyarakat.Antaranya ialah mengadakan aktiviti bergotong-royong






Gotong-royong merupakan suatu aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan atau beramai-ramai untuk membersihkan suatu kawasan agar kawasan tersebut tidak lagi kotor dan bebas dari segala penyakit yang tidak diingini.

Gotong-royong boleh dilakukan di mana sahaja sama ada di kawasan perumahan,kawasan sekolah,kawasan taman dan lain-lain.

Antara contoh aktiviti gotong-royong ialah menyapu sampah,menyapu daun-daun kering yang bertaburan,mencuci longkang,membuang air takungan di pasu bunga dan lain-lain.

Gotong-royong bukan sahaja boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan sekitar,malah ia juga membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti nyamuk aedes di mana ia boleh menyebabkan kita mendapat demam denggi.Amalan ini boleh dipraktikkan oleh masyarakat untuk mengekalkan kesihatan dan menjamin keselesaan tempat tinggal.

Antara kebaikan lain bergotong-royong ialah:-



a)Masyarakat dapat belajar erti menjaga kebersihan kawasan sekitar/sekeliling dengan lebih baik
b)Masyarakat akan menjadi saling bertimbang rasa untuk menasihati satu sama lain bahawa menjaga kebersihan itu penting
c)Masyarakat dapat belajar erti bekerjasama secara berkumpulan
d)Masyarakat dapat menghormati antara satu sama lain
e)Ikatan ukhuwah/silaturahim dapat dibentuk antara masyarakat
f)Gotong-royong dapat menghindari penyakit seperti demam denggi dan kebersihan masyarakat sentiasa terjamin.











No comments:

Post a Comment